Tersinggung ke tersigong?
Tersigong ni menurut istilah org kelantan, terkena siku dan agak menyakitkan.
Tersinggung ni tersentuh hati, kecik hati dengan kata kata org lain.
Kalau begitu saya 'tersinggung' lah ni.
Menyakitkan jugak, cuma bila hati yg sakit mata yg memandang tidak nampak kesan nya.
Terasa amat tersinggung tapi saya paksa diri untuk melupakan saja.
Pujuk diri dengan mengandaikan dia tak sengaja berkata demikian.
Saya faham dan sentiasa letak dalam kepala saya yang,
Tuhan telah tetapkan bahagian masing2..
Setiap orang ada dugaan yg setimpal dengan kemampuan diri nya.
Dan setiap orang seringkali merasakan dugaan yg dihadapi nya lah yang paling hebat jika di bandingkan dengan orang lain.
Saya dengan masaalah saya dan awak tak akan tahu bagaimana saya rasa sebab tak mungkin awak akan berada di tempat saya.
Saya juga tidak tahu seberat mana masaalah awak kerana saya pun tidak mau berada didalam diri awak.
Kita sama2 cuba hadapi segalanya dengan redha dan tabah.
Tuhan menghukum saya dan dosa silam saya, saya dah sedia maklum begitu.
Kan saya cakap saya redha.
Bagi sayaTuhan hanya mau menguji kesabaran saya dan akan memberikan yg lebih baik untuk saya nanti.
Bukankah semua orang pun macam tu?
Tuhan itu adil. Saya yakin tu.
Sekarang pun saya amat bersyukur kerana Tuhan tidak pernah lupakan saya dan makbulkan doa saya.Alhamdullillah.
Mana yang belum dimakbulkan tu, saya andaikan Tuhan tahu yg terbaik buat saya dan mungkin yg saya pohon itu bukan yg terbaik..Terserah pada Dia.
Kita berada didalam kapal yg berbeza tetapi kearah tujuan yang sama.
Pandai2 kitalah mengemudikan bahtera kehidupan kita.
Jangan karam dah lah.
Tapi kalau awak karam sekali pun, saya sebagai kawan akan tetap selamatkan awak sebagaimana selalu.
Tidak sekali2 biarkan awak lemas tenggelam di waktu awak memerlukan kawan.
Pernahkah saya buat macam tu?
Cuba ingat2, tak pernah kannn...
4 comments:
Senggol-senggolan, cubit-cubitan.
MakCu,
tak kisah, akak tak apa apa pun..masih hadapi dgn senyuman mcm selalu.
Salam Pn Hani,
begitulah kan kita ni..tersinggung..menyinggung..di singgung..
Betul Sally, itu lah kehidupan yg perlu kita lalui.
Post a Comment