Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, March 26, 2011

Mee Cambo

i.
Makan 'Mee Cambo' kat pekan di sempadan negara jiran hari ni.
Kawan2 rekomen, kata Mee Cambo kedai tu sedap hingga menjilat jari.
Bagi saya,
sedap dan tak sedap.
Sedap sebab ada rasa pedas dan hanya rm5 hinggit jer semangkuk.
Lauk/fishball pula berbagai jenis.
Tak sedap tu sebab kedai makan tu agak panas,
berdekatan dengan jalan raya dan uzur sangat.
Ada satu hal yang mengganggu minda dan selera saya.
Jadi saya nasihatkan lain kali kalau siapa2 nak cuba, minta saja air mineral.
Minum terus dari botol.
Bukan apa, tadi saya order air laici.
Semua nya ok kecuali saya duk tilik straw dalam gelas saya tu.
Warna nya lusuh dan macam yang di 'recycled'
Kills my appetite...
U all mesti ingat saya ni jenis berkira/too concern.
Betul...Tak caya, cuba lah gi order sendiri.
ii.
Singgah kat LKIM
Nak beli ikan/udang segar dari jeti.
Selalunya ada udang besar lengan.(lengan anak saya lah)
Ada sotong dan Ikan fresh.
Tapi hari ni tak ada.
Rupa nya hari ni ada mesyuarat persatuan nelayan.
Oh gitu ke?
Kalau bermesyuarat tu tak ke laut la u all yer?
Kalau gitu, kita orang cikgu2 ni hari mesyuarat boleh istihar cuti sekolah kot.
Acap la cuti gamak nyer...

8 comments:

hentian said...

mee camboo... rm 5... hmmmm... sedapnya ya.... kat mana ek?

Granny Hani said...

Insan marhaen.
Kat kelantan memang lah harga makanan murah aje.Nanti dtg kelantan boleh lah cuba.

Anonymous said...

Salam Pn Jentayu,

Memang makanan kat Kelantan tu murah2 dan pelik2. tak try nasi serati. Memang best betul. Selain tu makanan seperti nasi dagang pun sedap - sedap lauknya di Kelantan.Orang Kelantan memang pandai masak kot..

Mountain Climber

Granny Hani said...

Mountain Climber,
Nasi Dagang tu memang trade mark org kelantan, setiap keluarga ada resipi tersendiri.Nak kata pandai masak tu saya rasa setiap negeri org nya pandai masak, cuma lain2 juadah jer.
Sukanya bila tau M.Climber suka masakan kelantan.

attholib said...

Oh.. Di negeri timur rupanya.. huhuhu

Dalam bab makanan ni, memang kena berkira sikit. Kadang-kadang orang berniaga ini hanya memikirkan untung tanpa peduli pada etika perniagaan. :)

alamaya said...

biasa nya yang jual beli ikan di LKIM pagi2 buta, waktu vessel masuk...kalo gi pukul 10 mmg dh xde...

Granny Hani said...

alamaya, biasa nya sekitar pukul 10 ke tghari baru ada kalau kat tempat ni.

Granny Hani said...

Mutalib attholib,
memang hilang selera terus bila mikirkan entah siapa yg guna straw tu sebelum kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...