Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, March 8, 2011

Pagi2 dah merapu entah apa apa..

Bahu dah rasa tak larat untuk pikul.
Nak upah orang lain pikul pun mustahil.
Beban saya, saya lah galas.
Sanggup ke tidak, kena galas jugak.
Mata yang memandang sebenarnya tak berat mana pun..
Sekadar pandang dan membuat tomahan.
Jangan lah cepat menghukum saya.
Jadi lah saya untuk merasai apa yang saya rasai.
Sabar? Dah bercupak dah saya telan.
Seperti panadol yang menahan sakit yang sementara,
saya tetap begitu begitu juga.
Saya orang islam, racun tikus bukan lah satu pilihan.
Tidak mahu tersesat jalan.
Nauzubbilah, tidak lah sampai tahap tu..
Cakap salah,tak cakap rasa nak cakap.
Nak luah pada siapa? nak kongsi, siapa yang sudi?
Nak tak nak, mengadu kat blog dan berharap,
Selepas type ni lega sikit lah penyakit hati ini.
Bukan saya seorang, orang lain berpenyakit juga.
Cuma berbeza beza skala nya.
Sakit nya mak oiiii....

6 comments:

Ibu n Abah said...

Cikgu Hani..
saya pun selalu luahkan pada blog sahaja...
dan juga pada ALLAH snw....
then.. lega...
masalah dan sakit dihati pun hilang...
Alhamdulillah...

Ros said...

Assalammualaikum...

Salam perkenalan, dah selalu singgah baru hari ni nak berkomunikasi tanpa suara.

Selamat Hari Wanita...

Janganlah difikirkan beban yang dipikul... sesungguhnya ganjaran pasti bagi yang melepasi setiap ujianNYA.

Semoga Allah SWT mempermudahkan semua urusan kita. InsyaAllah.

Granny Hani said...

Ros,
Salam perkenalan bersambut.terima kasih kerana singgah di sini dan meninggalkan bekas yang positif.begitu lah hidup ini, seperti roda sekejap begitu sekejap begini..

Granny Hani said...

Ibu dan Abah,
Blog saja lah penawar duka, pengubat sepi..

Makcu B said...

Ambo tidak bomoh, jauh sekali untuk jadi doktor sebab belajar tak setinggi mana. Nak menolong ,tapi tak mampu sebab beban ini bukan bahu ambo yang memikulnya. Cuma..... harap2 k. Ni terus gagah.

Granny Hani said...

Makcu,
Dengan izin Tuhan segalanya tidak mustahil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...