Hari kedua perintah berkurung.
Tak ada masaalah apa pun, syukur.
Tuhan permudahkan semua urusan.
Kita berlapang dada saja lah.
Duk rumah 24 jam ni memaksa otak ligat.
Susun jadual aktiviti anak negeri.
Tak leh jadi asyik makan tak reti kenyang.
Mau nya lepas habis tempuh berkurung, saiz bertambah.
Cucu2 selain makan perlu ada aktiviti isi masa lapang.
Kalau tak, perang sesama sendiri ngalahkan perang sabil.
Dah tu segala mainan dibawa keluar.
Kapal pecah tak seteruk bilik mainan mereka.
Saya paling tak suka benda nama 'lego' tuh.
Terpijak rasa nak teriak!
Tu belum kira jumlah kertas yg dah diconteng.
Sana sini ada saja hasil seni mereka.
Sib baik tak conteng dinding saja.
Yang dewasa pulak bukan nak pantau yg kecik tuh
Mata tajam renung hset macam nak tembus.
Wei...cam x der kerja lain walhal kerja berlambak.
Yang tua?
Dah nama pun kena duduk rumah, tidur lah jawap nya.
Pagi tidur, tgahari tidur, petang tidur.
Dah tu komplen malam tak leh tidur.
Tidur apa lagi kalau dah terlebih cukup tidur di siang hari.
Macam macam la peel perangai rakyat negeri saya ni.
Saya?😊
Cam biasa la pot pet pot pet..
Membebel secara terus menerus.
Tazkirah percuma tak payah ambil tiket untuk hadir.
Semua pun dah menanah telinga dgr saya membebel.
Fuhh! Penat gak membebel ni tau.
Tapi kan, saya rasa macam dah habis tajuk dah saya ulas.
Perintah berkurung ada 12 hari lagi.
Nak bebel tajuk apa nanti?
Ulang2 tajuk sama boleh?
Kalau tak membebel rasa nak demam la pulak.
Haishhhhhh!
No comments:
Post a Comment