Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, March 12, 2020

Saya pun tau.

Elehh, bukan payah pun.
Kacang saja tuh.
Senang sangat.
Paip di sinki tu ada masaalah sikit.
Tutup macam mana pun tetap air menitis.
Problem? Takpun....
Ikut cara saya, tiru cara saya.
Macam ni.

Langkah pertama- gi beli kepala paip baru.
Suis kereta saya mana?
Ni mesti ada jari yg tak reti nak letak suis di tempat sepatutnya.
Tak pasal2 tazkirah buat anak negeri dulu sebelum keluar.
Anak negeri buat pekak, kucing pakat lari jauh2..

Langkah ke2
Beli di kedai Mr DIY.
Sejam di kedai tu sebab terbeli 10 barang lain yg tak wajib beli pun.
( Tolong cadangkan supaya kerajaan tutup kedai ni. Kalau masuk payah nak keluar)
Balik2 la wei..

Langkah ke3
Sampai rumah bukak jubah dulu, masuk uniform tukang paip pulak..
Paip baru beli letak depan mata, jgn tercari cari pulak..
Bukak laci tempat simpan segala maknenek tools hardware gitu.
Wahh...banyak nya barang dlm ni, ada screwdriver, playar, tukul, paku..
Ada 100 benda lain yg saya x tau nama nya dan tak tau kegunaan nya..berguna ke?
Ok ok, nak ambik yg mana satu, nak guna apa ...fikir hani fikir.
Jap google dulu lh...
Sejam kemudian selepas google dan
selepas minum kopi cicah biskut ping pong habis setgah peket,
hadap laci harta karun tu sekali lagi.
Mana satu yg namanya spannar nih?
Air paip masih menitis di sinki.
Sabarrrr...jap laaa!
Kucing berbelit di kaki.
Serabut la mu pum!
Gi main jauh gih...

Langkah ke 4
Jap, baru saya ingat ada cara yg paling senang untuk baiki paip di sink.
Yes! Kenapa la tak terlintas dari tadi.
Cepat2 cari hset.
"Hello, Matyie...
Acu mari sini semeta teh, paip di sinki kak hani ni buat hal.
Bocor jak marin lagi. Yie mari slalu deh."
Ok, selesai masaalah.
Jap lagi MatYie dtg la tu..
Semangat nak baiki sendiri dah padam.
Kan jauh lebih mudah cari plumber jer.
Life is simple, no stress.
Wei, sapo kata saya x pandai baiki paip?
Saya pandai la.....cuma kesiankan MatYie tu..
Kalau saya baiki sendiri MatYie x de kerja pulak.
Kannnn?
Sekian dulu perkongsian cara baiki paip (cara saya) hari ni.
Siapa nak khidmat saya utk baiki paip sila dail nombor saya.



2 comments:

Nasa Mulia said...

hahaha, pulun saya baca nak berguru ngan akak...last2 call matyie ye kak. Kak kena letak pesanan call matyie hok oghe tu, buke hok beruk matyie dehh... tibe2 tukar speaking new castle pulak...
semoga akk sentiasa sihat dan gembira..

Umi Nazrah said...

haha kelakar la sampai ke last tu >.<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...