Serabut.
Malam tadi tak leh lelap langsung.
Serius cakap ni, memang hati sgt serabut sehari dua ni.
Kalau diikutkan hati yg terbakar menyala lu lu nih,
mau rasanya saya lari ke hujung dunia.
Allah hu.
Astaqfirullahilazim.
Sabar Hani sabar.
Mujur ada blog.
Ada tempat meluahkan perasaan.
Tak kira, org baca ke tidak, yg penting boleh let go.
Tak suka ngadu pada manusia..
Bukan tak ada sedara, bukan tak ada kawan,
tapi saya tak suka kongsi air mata dgn mereka.
Lebih rela sorok setiap duka dan pamer yg indah2 saja.
Di blog ni lah saya himpun segala luka duka pecah berkecai hati .
Setiap kali saya luah di sini saya akan rasa lebih baik selepas itu.
Boleh berwudhuk, solat sunat...
Nak doa byk2...nak doa sehabis harap.
Tuhan ada dan Tuhan sayangkan saya.
Sebab tu lah Dia duga saya.
Tuhan ku,
Tenangkan lah hati yg duka lara ini.
Damaikan minda yg bercelaru
Jinakkan amarah ku
Diamkan lidah ku, senyapkan suara ku.
Aku cukup takut bila kesabaran mengundur diri
dan memberi ruang pada iblis mencorak langkah.
Nauzubillah...tak nak macam tu.
Sekejap lagi selepas selesai dhuha saya nak keluar.
Nak memandu ke mana saja...rehat minda sekejap.
Saya dah biasa rasa stressed, depressed dan whatnot.
Saya yakin kejap lagi insyaAllah saya akan baik2 saja.
Ok, kena stop menangis dulu ni...
Dah Hani dah...
Sudah sudah la wahai mata....
1 comment:
menangislah puas2 jika itu dapat menghilangkan tekananmu
Post a Comment