Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, March 14, 2020

Santai santai pagi Jumaat.

Buai laju laju
Sampai hujung sana
Apa dalam baju
Hati yg munga munga.
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh posing makcik posing sakan
Suruh duduk,diri apa pun mau.
Tuai padi antara masak
Esuk jangan layu layuan
Tak yah intai,dah nampak
Ada ni tongkat dagu layan fikiran.
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Bangku utk duduk tapi makcik berdiri
Kalau jatuh malu kat orang
Tanam pinang rapat rapar
Agar senang puyuh berlari
Dua kali lima, anak beranak.
Otak masuk air tapi takper, janji happy.

Tiba tiba saja rasa nak ke Pantai Pualu Kundur
Dah orang duk cerita tentang keindahan nya
Memang cantik cuma belum betul2 cantik
Perlu byk lagi kemudahan dan baik pulih.
Apa apa pun, kami bagi markah 7/10.

Siapa rasa nak dtg sini tangguh dulu.
La ni musim covid19 ni tak eluk keluar tempat ramai.
Tau pun!

1 comment:

Warisan Petani said...

Nampak hati manyak hepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...