Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, March 24, 2020

Imaad dan donut.

Cara2 nak buat donut versi Imaad.
1. Ulang ulang duk suruh nenek ajar buat donut.
2. Nenek mengalah. Meh Imaad kita masuk dapur.
3. Imaad ambik besin besar. Masukkan bahan2. Nenek selia dan pantau.
4. Proses menguli. Dua tangan sekali? Hentam la Imaad..Kamu jer yg akan makan nanti.
5. Ketepikan biar naik sekali ganda dulu.
Sementara tu sekajap intai sekejap intai tengok kot dah naik...alahai Imaad, tak sabar kamu ya.
6. Dah boleh buat bentuk. Ini yg ditunggu tunggu...Buat lah, entah jadi bentuk apa dah.Imaad having fun, siap warna warni lagi doh tu.

7. Biarkan seketika dan pekakkan telinga. Tak habis2 duk tanya bila boleh goreng.
8. Ok, dah boleh goreng. Imaad sorak gembira.Nenek goreng, Imaad gi main jauh2, bahaya nih.
9.Sessi makan..makan lah cucu. Seronoknya tgok mereka makan. Siap riba besin donut lagi. Agaknya teruja sbb donut yg mereka buat sendiri...

Imaad buat, Imaad makan.
Nenek? Hmm...nak ambik hati cucu makan la jugak...
(Kalau ingat cara Imaad duk main dgn doh masa bentukkan donut tu rasa tak lalu nak telan tapi demi sayang cucu, nenek sanggup apa saja)
Ada sapa2 lagi nak belajar masak dgn nenek?
Syarat kena tahan telinga bila nenek bebel.
Imaad tak apa, dah biasa dgr nenek bebel.
Kan Imaad kann?

1 comment:

insan marhaen said...

Bagus lah kalau kecil lagi dah mahu belajar memasak. Macam anak sulong saya, lelaki tapi pandai masak sebab ibunya ajar sejak kecil.

Anal no 2 tahu makan je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...