Dah lama tak hujan.
Hari ni hujan.
Hilang dahaga tanah yg kontang.
Rindu Sang kodok terubat.
Hujan lebat juga.
Walau sekejap,
Mampu menyejukkan udara seketika.
Selepas hujan langit cerah semula.
Hujan mengusir debu habuk jerebu.
Pohon2 kekenyangan, rumput puas.
Aku di sini,
berdiri di anjung rumah memerhatikan
laju aliran air ke longkang.
Haishhhh!!! Geram pulak laa...
Pagi tadi tak nak hujan...
Susah payah aku menyiram demi pohon bunga yg kelaparan.
Selepas tu bergegas ke pusara dia pula
Mandikan kemboja yg sudah seminggu berpuasa.
Haus dahaga pokok2 meminta simpati ku.
Rupanya sia sia saja aku bazirkan tenaga.
Suapan penawar haus dari Tuhan lebih memuaskan.
Aku? Apa aku dapat?
Penat dan lelah sahaja.
Apalah hujan ni punnnn....
Mcm nak usik org tua..
Nak main main dgn mokcik yg kurang karen agaknya.
Hmm...geram nya laaaaar!
1 comment:
Hujan, turunlah kat sini
Post a Comment