Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, March 3, 2020

Tajuk utama akhbar dan di kedai kopi.

Bukan saya tak ikuti, saya baca juga dan tgok juga.
Setiap yg berlaku tu saya tau..
Cuma saya jenis yg tak memihak.
Bagi saya yg salah tu salah tak kira dari pihak mana.
Yang betul, benar tu tetap benar.
Tapi saya malas nak tumpang sekaki dalam menambah perasa.
Biarkan saja luncai terjun dgn labu nya..
Siapa pun, pihak mana pun yg menang saya doakan sejahtera.
 Jgn menang jadi abu dah, kalah jadi arang batu, batu api.
Yang menang tu jadilah pembaik pulih apa yg perlu dipulihkan.
Yang kalah tu terima lah kekalahan sebagai batu loncatan untuk
perbaiki diri sebelum meloncat utk kali seterusnya...
Loncat, lompat ni biasa, bukan tak biasa.
Malas nak komen pasal tu.
Cukup lah saya kata...
Siapa pun pemimpin, saya masih begini..
Kehidupan saya masih begini
Tidak sedikit pun berubah..
Saya tetap PM di negeri saya
Celik mata pagi2 kena fikir pasal anak negeri saya nak makan apa.
Saya kena bereskan rutin2 seterusnya.
Urusan saya serupa, no complaints...
Masaalah saya masih sama tak kira lah siapa pun menang.
Sendiri tanggung, kena hadap juga walau paksa rela.
Ada duit hati senang, x ada duit pun bukan boleh mintak dgn mereka kan?.
Tak perlu lebih2 sokong mana2 pihak..
Yang dapat elaun nya mereka..
Yg dapat pingat mereka..
Yang dapat projek mereka..
Dpt nama, dpt kumpul harta..
Semua mereka.
Kita duk diam diam jer lah..
Kalau bising pamer emosi yg kita dpt hanya seteru.
Tak pasal2 masam muka dgn orang hanya kerana berlainan cita rasa.
Tak berbaloi wei...
Dia org nak tertumbuk ke, nak fitnah apa ke biarlah, kita tgok jer.
Esuk2 tak mustahil dia org telan ludah masing2 mcm telan nasi, tak heran pun.
Hari ni mereka bertinju esuk peluk penuh kasih sayang.
Tak pelik sikit habuk!
Kita?
14 keturunan x bertegur sapa dah dgn kawan yg kita dah anggap pemberontak.
Nak gi masjid pun segan sbb dgn tok imam tak sehaluan.
Apoolaaar...
Jangan lah hilang akrab kerana orang yg tak kenal kita pun.
Awak ingat dgn tolong sokong bagai nak rak tu ada pekdah?
Ya, ada pekdah kalau org yg awak sokong tu wassup awak, call awak
atau pun sekurang kurang nya dia sebut nama awak dalam teks ucapan nya.
Ada dia bantu hantar kita gi spital waktu tayar kereta kita pancit?
Ada?
Tak kannn...
Si mamat sebelah rumah juga lah yg tlg kejar/ tangkap arnab kita yg terlepas.
Mokcik jual goreng pisang kat simpang tu jugak la yg acap
tanya kita kemana kalau lama tak jumpa.
Ada YB buat mcm tu? Kenal pun tidak, mau nya!
Simpanla bodoh kita tu utk jaminan masa depan, gitewww....
Panjang umur kita, kita boleh saksikan negara kita tambah maju
Kita doakan macam tu...
Cukup sakat tu weh.
Jap nak juga tanya,
Awakkkk,
Yang awak duk melalak tgah jalan secara percuma tu apa hal?
Sengaja nak org maki eh?
Pelik laaa....
Bak kata orang mana tahh..
BUAT BAIK TU BERPADA PADA.
BUAT JAHAT JANGAN SEKALI,
BUAT BANYAK KALI.


1 comment:

Umi Nazrah said...

tu la kan, letih tengok senario sekarang ni >.<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...