Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, March 9, 2020

Promote kedai orang.

Pak Ya gulai kawah.
Nampak kedai biasa biasa saja
Tapi serius cakap, sedap sungguh!
Pelbagai lauk pauk
Ulam ulaman banyak
Speciality nya gulai kawah dan kari kepala ikan .

Kedai tu terletak betul2 di tepi jalan sebelah pantai irama
Kalau tgok land mark ni kena berhenti di sini.
Kedai tu sebelah ni saja.
Nak parking no problem..ample parking space.

Dekat kedai ni ada alur atau anak sungai.
Cantik tapi tak terjaga
Dari sini nampak lautan cina selatan kat belakang.
Walau kedai tanpa aircond tapi tak rasa panas sbb angin pantai kot.
Kena cuba, kena singgah siapa belum pernah singgah.
Saya akan singgah lagi.
Tadi saya makan sup daging, kawan saya makan kari ikan ...
Lain kali nak cuba lauk lain pulak.

Thumbs up la Pak Ya!
Kekalkan mutu hidangan tu Pak Ya supaya perniagaan laris.
Saya tolong promote for free ni Pak Ya.
Mana tau kot2 lain kali singgah dpt discount.
Hehe...

1 comment:

Umi Nazrah said...

wah rindu nya kat kelate. ntah bila nak ke sana lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...